Tuesday, August 24, 2010

..secebis hati..

Sesungguhnya..
Aku impikan sebuah taman dipenuhi bunga2..
Arnab putih bermain-main..
Juga kicauan burung2 bersama serangga2 kecil..
Di mana aku boleh membiarkan kebencianku tinggal di sana..
Kebencian pada diriku sendiri..
Di mana aku menyerahkan segala perasaanku padanya..

Sememangnya ia begitu indah..
Malangnya..
Ia menjadi sebuah derita apabila hati meragui kepercayaan..
Segala kekuranganku menjadi nyata ketika ini..
Semua perasaan rendah diriku kembali menghampiri..

Aku..
Hanyalah seorang insan biasa..
Di mana patut aku letakkan kekuranganku ini..
Agar aku sedar dari mimpiku yang tidak patut aku mimpikan..

Aku sangat lemah..
Kelemahan ini menjadikan aku terlalu baik..
Menjadikan aku terlalu setia..
Tak mengendahkan semua lelaki bila di hati hanya ada dia..
Aku naif bila ia berkaitan dengan cinta..
Kerana aku hanya inginkan sebuah kesetiaan..
Kejujuran, dan kepercayaan dalam sesebuah perhubungan..
Dan cukuplah sekadar aku merasakan kewujudanku bila bersama dengannya..
Itu sudah memadai bagiku..

No comments: